Guru-Guru SAS 2010

Guru-Guru SAS 2010

Tuesday, May 8, 2012

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 : 14 Mei 2012 hingga 25 Mei 2012. Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun kepada semua pelajar SM. St. Anthony.

Sunday, August 28, 2011

Cuti Sempena Hari Raya Puasa 2011

Cuti bermula pada 27.8.2011(Sabtu) hingga 5.9.2011 (Isnin).

Sunday, April 24, 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Peperiksaan pertengahan tahun 2011 akan diadakan paa 16 Mei 2011 - 27 Mei 2011 bagi semua tingkatan. Bagi pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5, peperiksaan ini merupakan peperiksaan percubaan PMR 1 dan SPM 1. Selain daripada itu, keputusan peperiksaan ini juga akan digunakan untuk pemilihan pelajar-pelajar menerima anugerah padan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar kali 13 tahun 2011 yang akan diadakan pada 2 Julai 2011 nanti.

Thursday, December 16, 2010

Keputusan PMR 2010

Keputusan PMR tahun 2010 akan diumumkan pada 23 Dis 2010 oleh KPM. Bagi pelajar-pelajar SM. St. Anthony, keputusan boleh diambil di sekolah selepas jam 11.00 pagi. Bagi ibubapa yang mengambil keputusan bagi pihak anak-anak mereka, sila bawa Kad Pengenalan anak yang berkenaan dan tunjukkan kepada guru yang mengurus penyerahan keputusan PMR. Selain dari ibubapa, keputusan PMR tidak akan diberikan kepada wakil-wakil yang lain.

Rasanya pelajar-pelajar PMR SM. St. Anthony 2010 tentu jantung berdebar-debar menunggu keputusan ketika ini yang tinggal 6 hari lagi. Jika anda telah belajar tentu anda akan mendapat keputusan yang diharapkan. Pihak sekolah yakin anda semua (Calon-calon PMR) akan mendapat keputusan yang baik.

Sunday, November 21, 2010

SPM 2010

Selamat menduduki SPM kepada semua pelajar Tingkatan 5 SAS yang akan bermula pada 23.11.2010 hingga 15.12.2010. Semoga anda semua mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan ini.

Selamat bercuti kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1,2,3 & 4. Semasa cuti ini buatlah sesuatu yang berfaedah. Elakkan dari melepak tanpa tujuan. Teruskan aktiviti membaca buku agar anda dapat meningkatkan ilmu pengetahuan anda.

Pendaftaran pelajar Tingkatan 1 dan pelajar baru ialah pada 31.12.2010 bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tgh bertempat di Dewan Terbuka sekolah. 3.1.2011 sekolah akan bermula.

Selamat bercuti kepada semua guru dan pelajar SAS.

Tuesday, October 19, 2010

Pertandingan Kids Witness News Tahun 2010

Tahniah kepada dua pasukan Kids Witness News (KWN) SM. St. Anthony atas kejayaan memasuki Pertandingan Akhir Produksi Vedio pendek Sekolah-sekolah Menengah peringkat kebangsaan tahun 2010 anjuran Syarikat Panasonic Malaysia.

Pertandingan akhir akan diadakan di Pawagam Golden Screen Midvalley, Kuala Lumpur pada 1 - 3 Nov 2010. Sebanyak 30 pasukan akan bertanding di peringkat akhir ini dari seluruh negara dan dua daripada pasukan ini dari SM. St. Anthony. Ahli -ahli pasukan KWN SM.St. Anthony terdiri dari Douglas Sia, Jevinkumar Puspanathan, Emmanuel Leon,Immanuel Toysim, Siti Haziqah Bt. Ali dan Noor Syaidatul Elyka Bt Kadim akan membentangkan pengalaman mereka merakam vedio (shooting),berlakun dan menyunting produksi yang mereka hasilkan. Pembentangan akan dibuat dalam Bahasa Inggeris.

Produksi yang dihasilkan bertajuk " The Colour Of Wild Life " yang penggambaarnnya dilakukan di Pusat Pemuliharaan Raflessia Tambunan dan Zoo Lok Kawi, Sabah,juga "Our Journey" yang menggmbaranya dilakukan di Kampung Air Patau-Patau Labuan dan Hosptal Membedai Labuan.

Paasukan KWN SM.St. Anthony dibimbing oleh Cikgu Pang Tiong Hook tetapi Cikgu Jayastine John akan mengiringi dua pasukan KWN ini ke pertandingan akhir di Pawagam Golden Screen Midvalley, Kuala Lumpur nanti kerana Cikgu Pang Tiong Hook telah berpindah ke Kolej Matrikulasi Labuan sebagai pensyarah matematik pada 1 Sept 2010 yang lalu.

Semoga pasukan KWN SM.St. Anthony berjaya mendapat tempat di pertandingan akhir ini. Kepada Cikgu Pang Tiong Hook, terima kasih atas usaha dan bimbingan yang diberikan, semoga cikgu terus cemerlang di tempat yang baru.

Monday, October 11, 2010

HARI KOPERASI SAS 2010

Hari Koperasi SM.st.Anthony, WP.Labuan.

Tarikh : 17.10.2010 (Ahad)
Masa : 8.00 am - 4.00 pm
Tempat : Kawasan SM. St.Anthony, WP.Labuan.

Sebanyak 42 gerai disediakan yang akan mempamerkan dan menjual :
1. Pelbagai jenis makanan/minuman
2. Assesori komputer
3. Buku-buku pendidikan
4. Pakaian dan pelbagai jenis beg.

Terdapat juga pameran untuk kemasukan ke Insitusi Pengakian Tinggi, demontrasi melukis corak batik oleh Panitia Pendidikan Seni Sm.st. Anthony dan banyak lagi. Jualan tiket sedang berlangsung masa ini, juga boleh didapati pada hari itu d tempat yang disediakan.

Warga Labuan datanglah beramai-ramai. Berbelanja sambil menderma.